to pembaca:


thanks a lot for reading my blog
blog ditulis bukan utk mnyakitkn hati orang tpi ini adalah untuk berkongsi cerita...
saya kongsi segala apa yang saya fikir kepada anda semua.... ^_^

Selasa, 13 Januari 2015

Rasa yang aku rasa



بسم الله الر حمن  الر حيم

Rasa yang pernah aku rasa

Rasa yang mungkin dirasai oleh semua....


Pernah kadang2 aku terpikir..... berapa banyak dosa yang telah ku lakukan sepanjang ku hidup dibumi Allah ini. Perasan serba salah dan membuat ku tidak keharuan sering terjadi pada diriku....  perasan ini sering datang tatkala aku berada dalam suatu tempat yang sangat sunyi sehinggakan titik air jatuh pun kedengaran...ketika rakan-rakan ku mengalukan ayat suci Al quran.....dan juga ketika  azan berkumandang.

Datangnya rasa sayu dan sedih apabila teringat akan salah-salah yang pernah aku lakukan......teringat akan yang Maha Pencipta......teringat akan keluarga.....serta rakan-rakan yang sentiasa membantu.....

.......dan saat ini perasaan menjadi campur baur.... titisnya air mata membasahi pipi ..... sehingga terluahlah rasa yang selama ini dipendam di hadapan Yang Maha Pengasih....bertapa kerdilnya aku selama ini menjadi seorang hamba....... hamba yang lupa akan rasa syukur dan nikmat yang diberi...hamba yang leka dengan perkara duniawi....hamba lupa akan siapakah dirinya sebenar....darimanakah ianya datang dan kemana kah ia akan kembali......

......Allah... Allah....Allahu Akbar .....Allah Maha Besar.....

Ampunilah segala dosa-dosa kami....dosa-dosa yang kami perbuat walaupun dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar..... 

ampunilah kami...ampunilah kami.....

jauhkanlah kami daripada seksa api neraka Ya Allah.....jauhkanlah kami daripada seksa api neraka Ya Allah..... .....jauhkanlah kami daripada seksa api neraka Ya Allah.....

Allahuma Shali' Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad Walhamdulillahi Rabbil Alamin......

Aamiin....


Ahad, 11 Januari 2015

2014 with sahabat,cinta,teamwork



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

2014 telah pun beberapa minggu berlalu.....banyak kenangan yang manis dan pahit hadir dalam hidup masing-masing. Sebelum itu marilah sama-sama kita menadah tangan dan membaca Al-Fatihah buat mangsa-mangsa MH17,MH370, mangsa banjir dan juga segala duka yang telah hadir dalam hidup kita.

Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali diri saya...mungkin selama ini secara sengaja dan juga tidak sengaja saya telah menyakitkan hati orang-orang yang telah mengenali diri saya.
Sepanjang 2014 ini saya telah banyak belajar. Ianya datang secara tidak langsung daripada pengalaman saya. Antaranya tentang :

sahabat

sebenci-benci saya terhadap sahabat ataupun rakan saya sebenarnya saya lebih membenci diri saya..... sahabat dan rakan merupakan orang yang terdekat ketika kita berjauh daripada ibu bapa..... pengalaman telah mengajar saya dimana jika kita ingin berkawan berkawanlah dengan hati yang ikhlas...janganlah kerana kita berkawan sebab tiada kawan..... jika ada keslahan yang dia lakukan terhadap kita...tegurlah...sabarlah... jangan dimasukkan kedalam hati.... sebelum kita mencari sahabat sejati jadilah sahabat yang baik terhadap kawan kita....jgan mudah terpangaruh dengan amarah....bukan tak boleh marah tapi lebih baik kita elakkan. Jika kita rasa sakit,berdalah kepada Allah supaya reda kan kesakitan yang kita alami. Terima kasih kepada sahabat-sahabt saya kerana menerima saya sebagai seorng teman. Bagi saya semua yang saya kenalai adalah sahabat bagi saya walaupun dia orang yang membenci saya. Menyayangi oranag yang membeci kita itu pahit tapi lama-lama ianya kan menjadi manis.

Rasa sayang a.k.a cinta

Sepanjang 2014 pengalaman mempunyai rasa dikasihi,disayangai,bahagia dan segala-gala yang manis juga saya alami. Tetapi itu semuanya yang membuatkan saya lalai. Dulu saya seoranag yang tidak mudah ada perasaan terhadap lelaki mungkin sebab saya masih mentah. Orang kata kalau ada perasaan suka terhadap lelaki itu perkara biasa. Yup betul....sehingga saya menyesal terjerumus dalam keadaan macam tu... sekarang baru sya tahu bagaimana rasanya bila seorng itu ada  suka pada seseorng. Saat rasa disyangi,mudah percaya dan termakan akan janji lelaki....tapi itu mungkin saya bukan orang lain. Bagi saya semuanya ujian Allah untuk kita, sekuat mana iman kita. Mungkin Allah nak uji saya. Ingat cinta terhadap Allah itu membawa kepada kebahgiaan. Jangan letakkan cinta kpda seseorng itu lebih daripada cinta kita terhadap Allah.

Teamwork

Terima kasih kepada yang sudi memberi peluang kpada sya tuk mnyertai progrm u. Saya dapat belajar bagaimana nak uruskan sesuatu program dan juga bekrjasama dalam kumpulan. Setiap orang mempunyai tugas masing2 walaupun susah ahli kumpulanlah orang paling sesuai untuk menolong kita. Jangan kedekut ilmu nanti kita yang rugi. Bak kata orang pengalaman mendewasakan kita. Ya itu betul. jadilah orng yang lebih matang dalam melakukan sesuatu hal. Terima kasih kepada yang sudi bekrjasam dengan sya.



Semoga 2015 ini,kita menjadi orang yang lebih mementingkan maruah dan juga agama . Walau apa-apa pun yang terjadi...kita mesti dahulukan Yang Maha Agung iaitu ALLAH  s.w.t.