to pembaca:


thanks a lot for reading my blog
blog ditulis bukan utk mnyakitkn hati orang tpi ini adalah untuk berkongsi cerita...
saya kongsi segala apa yang saya fikir kepada anda semua.... ^_^

Ahad, 19 Februari 2012

Kezaliman itu kegelapan di hari kiamat

۩ بسم الله الرحمن الرحيم ۩

Assalamualaikum w.b.t.


gambar hiasan

 Jauhi dan takutlah kamu daripda berbuat zalim sebab sesungguhnya zalim itu merupakan kegelapan dihari kiamat.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu,sebagai seorang muslim yang berpegang teguh dengan prinsip keadilan sudah tentu tidak akan berbuat zalim kerana ia sedar bahawa kezaliman itu merupakan kegelapan yang akan menutupi mata hati seseorang itu .

❖ Nabi Muhammad s.a.w menyatakan haram berbuat aniaya iaitu berlaku zalim dan ianya harus dijauhi kerana ianya adalah perintah Allah s.w.t. dan tidak perlu ditakwilkan lagi.Firman Allah s.w.t dalam hadis qudsi, “Hai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan berbuat zalim pada diri-Ku and Aku jadikan ia sebagai perbuatan haram bagi kalian.Maka dari itu janganlah kalian berbuat zalim.(Hadis riwayat Muslim)



gambar hiasan

Berdasarkan firman di atas jelas menunjukkan bahawa zalim itu adalah sesuatu yang Allah s.w.t haramkan ke atas-Nya,padahal Dia al-Khaliq dan Allah s.w.t juga mengharamkan zalim terhadap umatnya.

Patutkah kita melakukan kezaliman?????? Sedangkan Allah s.w.t mengharamkan ke atas-Nya……Fikir-fikirkanlah…….

❖ Seorang muslim yang sebenar tidak akan membiarkan dirinya untuk melakukan kezaliman kerana ia tahu sifat-sifat baik yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. agr mnjadi seorang muslim yang benar.

Sabdanya, “seorang muslim itu saudara bagi muslim yang liannya,tidak menzaliminya serta tidak mengecewakannya. Dan barangsiapa yang memerhatikan keperluan saudaranya, pasti allah akan memerhatikan keperluannya. Dan barangsiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim,pasti Allah s.w.t akan melepaskan orang itu daripada pelbagai kesulitan di hari kiamat.Dan barangsiapa menutupi aib dan rahsia seorang muslim, pasti Allah s.w.t. akan menutupi rahsia aib orang itu di hari kiamat.”(Hadis riwayat Bukhari)….

Subahanllah…..

Disini sahaj bicara saya kali ini....semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan daripada Allah s.w.t.....Segala yang kurang datng dri sye dan sgla yg lbh dtg dripada Allah s.w.t...

وسلام 

2 ulasan:

syafiranadiaelias berkata...

cantik blog..byk yg bermanfaat.. teruskan ye...n jgn lupa ke blog sy pulak...hehehee..http://srikandislambicarakita.blogspot.com

Unknown berkata...

trima ksh....insyallah sye akn mgunjunginya....^_^