to pembaca:


thanks a lot for reading my blog
blog ditulis bukan utk mnyakitkn hati orang tpi ini adalah untuk berkongsi cerita...
saya kongsi segala apa yang saya fikir kepada anda semua.... ^_^

Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t ya akhi wa ukhti



Salam Maulidur Rasul buat saudara dan saudari seislam.......Marilah kita bersam-sama berselawat ke atas Nabi ,tunjukkanlah kecintaan kita kepada Rasul kita Nabbi Muhammad s.a.w.....Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan kita sangat mencintai Rasullulah.Antaranya seperti di Turki mereka menyelitkan sekuntum bunga di atas songkok @ serban bagi lelaki,manakala perempuan menyelitkan ditudung bagi menunjukkan bahawa yang mereka sangat cinta akan Rasulullah...Subhanallah.....Selain itu, kita boleh mencontohi sifat-sifat Rasul seperti amanah,berkata benar,berani,menghormati orang tua,mengasihi keluarga,tidak bongkak, berakhlak mulia dan banyak lagi yang kita boleh mencontohi sifat Rasulullah.....Didalam keluarga baginda sangat menyayangi isteri-isteri,anak-anak dan cucunya.....Baginda tidak pernah tidak berlaku adil......

Baginda Rasulullah sangat dihormati dan dipercayai oleh seluruh anggota masyarakat Quraisy,baik sebelu m dirinya diutus sebagai Rasul mahupun sesudahnya.Malahan sebelum baginda menjadi Rasul lagi,baginda telah memperolehi gelaran 'al-Amin' yang bererti orang yang dipercayai.Baginda memperolehi gelaran itu tidk lain kerana peribadinya yang indah serta budi pekertinya yang mulia lagi terpuji.Malahan baginda bukan sahaja dianggap orang yang paling benar oleh sahabat dan pengikutnya tetapi oleh musuh-musuh baginda bahkan Abu Jahal bin Hisyam musuh nombor satu islam dan juga baginda Rasulullah s.a.w...

Pernah suatu hari,Abu Jahal didatangi seorang lelaki yang juga sahabatnya lalu bertanya :
"ya Abal Hakim!Disini tidak ada orang lain yang mndengar perbualan kita selain kita berdua,Maka aku ingin sekali bertanya kepada kamu tentang diri Muhammad itu."
Dijawap oleh Abu Jahal :"sebutkanlah apa yang hendak kau tanyakan tentang diri Muhammad itu."
Lelaki itu pun meneruskan percakapannya : "Ya Abal Hakim!Aku dapati ramai sungguh yang mmpercayai percakapan Muhammad itu.Maka aku ingin tahu dari mulutmu sendiri,Adakah Muhammad itu seorang yang benar atau pendusata?"

Lelaki itu terkejut apabila mndengar jawapan yang diberikan oleh Abu Jahal dngan pants dan secara spontan.Katanya : "Demi Tuhan ! Sesungguhnya Muhammad itu orang yang benar dan tidak prnah berbhong sama sekali."

Itulah satu-satunya keistemewaan Rasul kita Nabi Muhammad s.a.w.Baginda dianggap benar sekalipn oleh musuh-musuhnya.

Subhanallah.....

Sama-samalah kita mencontohi peribadi Baginda Rasulullah s.a.w.. semoga diakhirat kelak kita mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

Sampai sinilah bicara saya untuk kali ini....segala yang kurang datang dari saya dan segala yang lebih datang dari Allah s.w.t....Sekali lagi Salam Maulidur Rasul buat sahabat-sahabat Islam...

Wassalam...

Tiada ulasan: