to pembaca:


thanks a lot for reading my blog
blog ditulis bukan utk mnyakitkn hati orang tpi ini adalah untuk berkongsi cerita...
saya kongsi segala apa yang saya fikir kepada anda semua.... ^_^

Isnin, 27 Februari 2012

Bahagiakh kmu menyakiti hati seseorang????

Assalamualaikum w.b.t.



Terlbh dhulu sye mhon maaf kerna pernyataan tjuk diatas mungkn krdngran agk ksar.....Namun bgi sye ia tdk sksr mne dbndngkan dngan orng yg tlah mnykitkn hati sesama manusia...setiap yang hidup sudh pasti tidak akn trlpas dripda mlkukn dosa wlaupn ia hnya sbsar kuman atau kcl lgi drpda kuman...sedarkh kita whai shabat prnhkh kita mnykit hti sesama manusia...itu anda sndri yang tahu...^_^...

plbgi cara sdar x sdar kta lkukn kpda rkan2 kita,misalnya :

dengan kata yg bleh mmbuatkan hti rkn kit terguris walaupun dalm bentuk gurauan.

mnjadkn klmahn seseorng itu sbgai satu gurauan.

★ memulaukan rkan

 mnfitnah 

 mepskan kemrhan kpd rakan lain yg tdk ade kne mngena dengn mslh yg dhdpi

★ mngadu domba

★ dngan tulisn yng dpaprkan cntohnya mltkkn kta2 yg mngguris hti di fb,twetter dan lain lgi lman sosial


Sbnarnya banyk lgi prbuatan yang bleh mgguris hti rakan...sesiapa yang bhgia dlm mlkukan perbuatan yang mnykti hti rakan dia adalh skutu syaitan...maaf atas perbicaraan sye yng ksr....nmun itulh knyataannya krna syaitn mnyukai prbuatan yang jht...fitnh mnfintah yng mnykitkan hti rkan itu adalh perbuatn untuk mnghpuskn tli prsaudaraan antara manusia..

Daripada Abu Hurairah meriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud : "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau ia diam".(Hadis riwayat Iman Bukhari dan Muslim)

jika kita ada sesuatu yg tidk puas hti dgn seseorng jujurlah kpdanya...jka kita tkut lbh baik kita diam....tidak ada ciptaan Allah yang tidak smpurna..stiap mnusia dkurniakn dngn klebhan masng2...


Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya."(Hadis riwayat Imam Tarmidzi)


Bahagiakh kamu mnykiti hti seseorang????fkir2kan lah...


sampai sni sjlah bcara sya,sgalah yg kurng dtg dri sya dan sgla yg lbh dtg dri Allahs.w.t..........semoga kita sme mmprolehi kbrkatan Allah....skian

wassalam...

Ahad, 19 Februari 2012

Kezaliman itu kegelapan di hari kiamat

۩ بسم الله الرحمن الرحيم ۩

Assalamualaikum w.b.t.


gambar hiasan

 Jauhi dan takutlah kamu daripda berbuat zalim sebab sesungguhnya zalim itu merupakan kegelapan dihari kiamat.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu,sebagai seorang muslim yang berpegang teguh dengan prinsip keadilan sudah tentu tidak akan berbuat zalim kerana ia sedar bahawa kezaliman itu merupakan kegelapan yang akan menutupi mata hati seseorang itu .

❖ Nabi Muhammad s.a.w menyatakan haram berbuat aniaya iaitu berlaku zalim dan ianya harus dijauhi kerana ianya adalah perintah Allah s.w.t. dan tidak perlu ditakwilkan lagi.Firman Allah s.w.t dalam hadis qudsi, “Hai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan berbuat zalim pada diri-Ku and Aku jadikan ia sebagai perbuatan haram bagi kalian.Maka dari itu janganlah kalian berbuat zalim.(Hadis riwayat Muslim)



gambar hiasan

Berdasarkan firman di atas jelas menunjukkan bahawa zalim itu adalah sesuatu yang Allah s.w.t haramkan ke atas-Nya,padahal Dia al-Khaliq dan Allah s.w.t juga mengharamkan zalim terhadap umatnya.

Patutkah kita melakukan kezaliman?????? Sedangkan Allah s.w.t mengharamkan ke atas-Nya……Fikir-fikirkanlah…….

❖ Seorang muslim yang sebenar tidak akan membiarkan dirinya untuk melakukan kezaliman kerana ia tahu sifat-sifat baik yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. agr mnjadi seorang muslim yang benar.

Sabdanya, “seorang muslim itu saudara bagi muslim yang liannya,tidak menzaliminya serta tidak mengecewakannya. Dan barangsiapa yang memerhatikan keperluan saudaranya, pasti allah akan memerhatikan keperluannya. Dan barangsiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim,pasti Allah s.w.t akan melepaskan orang itu daripada pelbagai kesulitan di hari kiamat.Dan barangsiapa menutupi aib dan rahsia seorang muslim, pasti Allah s.w.t. akan menutupi rahsia aib orang itu di hari kiamat.”(Hadis riwayat Bukhari)….

Subahanllah…..

Disini sahaj bicara saya kali ini....semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan daripada Allah s.w.t.....Segala yang kurang datng dri sye dan sgla yg lbh dtg dripada Allah s.w.t...

وسلام 

Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t ya akhi wa ukhti



Salam Maulidur Rasul buat saudara dan saudari seislam.......Marilah kita bersam-sama berselawat ke atas Nabi ,tunjukkanlah kecintaan kita kepada Rasul kita Nabbi Muhammad s.a.w.....Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan kita sangat mencintai Rasullulah.Antaranya seperti di Turki mereka menyelitkan sekuntum bunga di atas songkok @ serban bagi lelaki,manakala perempuan menyelitkan ditudung bagi menunjukkan bahawa yang mereka sangat cinta akan Rasulullah...Subhanallah.....Selain itu, kita boleh mencontohi sifat-sifat Rasul seperti amanah,berkata benar,berani,menghormati orang tua,mengasihi keluarga,tidak bongkak, berakhlak mulia dan banyak lagi yang kita boleh mencontohi sifat Rasulullah.....Didalam keluarga baginda sangat menyayangi isteri-isteri,anak-anak dan cucunya.....Baginda tidak pernah tidak berlaku adil......

Baginda Rasulullah sangat dihormati dan dipercayai oleh seluruh anggota masyarakat Quraisy,baik sebelu m dirinya diutus sebagai Rasul mahupun sesudahnya.Malahan sebelum baginda menjadi Rasul lagi,baginda telah memperolehi gelaran 'al-Amin' yang bererti orang yang dipercayai.Baginda memperolehi gelaran itu tidk lain kerana peribadinya yang indah serta budi pekertinya yang mulia lagi terpuji.Malahan baginda bukan sahaja dianggap orang yang paling benar oleh sahabat dan pengikutnya tetapi oleh musuh-musuh baginda bahkan Abu Jahal bin Hisyam musuh nombor satu islam dan juga baginda Rasulullah s.a.w...

Pernah suatu hari,Abu Jahal didatangi seorang lelaki yang juga sahabatnya lalu bertanya :
"ya Abal Hakim!Disini tidak ada orang lain yang mndengar perbualan kita selain kita berdua,Maka aku ingin sekali bertanya kepada kamu tentang diri Muhammad itu."
Dijawap oleh Abu Jahal :"sebutkanlah apa yang hendak kau tanyakan tentang diri Muhammad itu."
Lelaki itu pun meneruskan percakapannya : "Ya Abal Hakim!Aku dapati ramai sungguh yang mmpercayai percakapan Muhammad itu.Maka aku ingin tahu dari mulutmu sendiri,Adakah Muhammad itu seorang yang benar atau pendusata?"

Lelaki itu terkejut apabila mndengar jawapan yang diberikan oleh Abu Jahal dngan pants dan secara spontan.Katanya : "Demi Tuhan ! Sesungguhnya Muhammad itu orang yang benar dan tidak prnah berbhong sama sekali."

Itulah satu-satunya keistemewaan Rasul kita Nabi Muhammad s.a.w.Baginda dianggap benar sekalipn oleh musuh-musuhnya.

Subhanallah.....

Sama-samalah kita mencontohi peribadi Baginda Rasulullah s.a.w.. semoga diakhirat kelak kita mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

Sampai sinilah bicara saya untuk kali ini....segala yang kurang datang dari saya dan segala yang lebih datang dari Allah s.w.t....Sekali lagi Salam Maulidur Rasul buat sahabat-sahabat Islam...

Wassalam...

Jumaat, 3 Februari 2012

Jauhi perkara mungkar

 Assalamualaikum w.b.t

Jauhilh diri kita daripada melakukan perbuatan yang mungkar....hmmm...mungkin nasihat ini sering anda dengari, tapi pernah tak anda terfikir untuk mengikutinya????Setiap manusia tidak akan pernah terlpas daripada melakukan dosa walaupun kesalahan itu hanya sekecil kuman...tetapi apabila dikumpulan ianya boleh menjadi setinggi -tinggi gunung...bahkan diri ana juga tidak terleps daripada melakukan dosa.....sedarkah kita apabila kita melakukan bnyak kemungkaran ada yang akan bersorak kegembraan kerana meraih kejayaan ianya adalah syaitan laknatullah...ia sudah berjaya mghsut kita melakukan kemungkaran....Syaitan tidak akan pernah berhaenti menghasut manusia  untuk menuju jalan yang songsang.Oleh itu kita jangan pernah lupa bahawa ada yang lebih berkuasa daripadanya iaitu Allah S.W.T...Jangan pernah kita takut pada syaitan kerana ia akan membuat kita menjadi manusia yang lemah.Syaitan merupakan makhluk yang licik yang mengunakan pelbagai cara untuk menyesatkan manusia.Sebagai manusia kta hendaklah melazmkan diri kita dengn sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran dan berzikir,ini adalah untuk mgelakkan diri kita didampingi oleh syaitan laknatullah...jiwa yang kosong perlu diisi dengan ayat-ayat suci al-Quran dan zikir-zikir.Jika menghadapi sesuatu masalah atau hati gelisah janganlah mengadulah dengan Allah S.W.T,janganlah menjadikan syaitan tempat megadu kerana ia akn memakan diri sendiri kelak.....berlindunglah kepada Allah walaupun dimana kita berada .

gambar hiasan

Sekian sahaja kata-kata sye pda hri ini....^_^ ........sesungguhnya hanya Allah sahaja tempat untuk kita mengadu.Renung-renungkanlah ayat dibwh ini.......

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka(jawablah),bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohonkepada-Ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi(segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"(2:186)

Semoga kita sentiasa diberkhati Allah S.W.T....amin