to pembaca:


thanks a lot for reading my blog
blog ditulis bukan utk mnyakitkn hati orang tpi ini adalah untuk berkongsi cerita...
saya kongsi segala apa yang saya fikir kepada anda semua.... ^_^

Ahad, 20 Oktober 2013

♪ ♩♫ Teman ♪ ♩♫


Wahai teman,
sesungguhnya ku sangat merinduimu,
gelak tawamu,
tangisanmu,
 
wahai teman,
terima kasih ernah sudi untuk menjadi temanku ....
Tak pernah lelah melayan kerenah ku....
tak pernah jemu membantuku.......
walau kadang-kadang diriku amat menjengkelkan....
pernah membuat hatimu  rasa marah dan sakit hati....
maafkanlahku......
 
wahai teman,
sepanjang perkenalan kita selama lebih 10 tahun
telah mengajarku erti kehidupan,persahabatan,kesetian,kepercayaan,ketaatan
dan juga tanggungjawab.
 
Wahai teman,
Pelbagai duka dan tawa yang ku rasakan....
Namunku sedar siapa diriku...
Tak lebih dari seorang teman....
Tak sepanjang masa kita bersama.....
 
wahai teman,
mungkin di sebalik tawamu ada duka dihati,
kerana sikapku....,
mungkin di sebalik perbualan ada tangisan dihati,
kerana kata-kataku....,
mungkin di sebalik pandangan ada terguris dihati,
kerana kelakuanku.......,
mugkin di sebalik masa ada yang terbuang,
kerana kelambatanku...,
mugkin di sebalik kerja ada yang sia-sia,
kerana ketidakcekapanku......,
maafkanlahku......,
 
wahai teman,
kau tak pernah salah,
hanyalah diriku,
membuat hati resah...
kerana kerenahku........
 
wahai teman,
walau apa pun tanggapanmu terhadapku,
aku tetap menganggap mu sahabatku,
kerana banyak yang telah ku timba dari mu...
umpama seorang guru mengajar anak muridnya...
terima kasih wahai teman........
kehadiranmu amatku nantikan........

Tiada ulasan: